My Life For Hire

Tempat Aku Sembang Kencang

Category: Misc gadget news

Ipad paling mahal di dunia

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni dan teka berapa harga iPad tuh.

Ya, tepat sekali. Harganya adalah USD 1.2 juta. Disaluti dengan berlian ori 300 karat beb. Kalau aku ada duit banyak tuh pon, baik la aku beli ipad biasa jer. Korang kira la berapa banyak ipad aku leh beli ngan duit tuh…bagi kat anak yatim sorang satu pon bleh.

Berapa kerugian Sony selepas Playstation Network diceroboh?

Kat bawah ni ada infographic peristiwa dan jangkaan kerugian PSN yang kena hack ari tuh. Part paling best? Tiada sesapa tahu siapa yang hack PSN sebenarnya. 🙂

 

klik gambar untuk paparan resolusi penuh

Persembahan Ipad2 kepada si mati

Memang satu kebiasaan masyarakat Cina pada perayaan QingMing, hari di mana masyarakat Cina menghantar persembahan kepada mereka yang telah mati menggunakan bahan-bahan dari kertas (kebiasaannya la). Kebiasaan seperti perabot, kereta, pakaian, wang kertas palsu (hell bank notes) dan pelbagai barangan tradisional lain.

Tahun ini, terdapat pelbagai persembahan baru seperti iphone 4, ipad 2 dan juga TV LED khas untuk si mati. Salah seorang dari pengedar barangan seumpama itu di Malaysia memberitahu barangan seperti iPad 2 amat laris sehingga kehabisan stok! Saksikan video di bawah.

p/s : kat Malaysia, ipad 2 tak kuar lagi..tak tahu bila…tapi orang yang mati dah dapat dulu dah…

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén