[Video] iOS 5- Demo iMessages
Lebih kurang nampak cam whatsapp jer. Yang paling aku ingin tahu, camana dia bezakan sama ada orang yang kita nak hantar message tuh, guna iDevice atau tidak?
[Video] Perbandingan iOS 5 di atas iPhone 4 dan iPhone 3GS
Hampir dalam semua aspek, iPhone 4 memenangi iPhone 3GS. Namun begitu, perbezaan tidak begitu ketara.
Diharapkan iOS 5 yang akan dilepaskan kepada umum adalah lebih ringan daripada ini.
[Berita Sedih] Tiada lagi exploit untethered iOS 5
Maknanya untethered exploit yang digunakan dalam iOS 4.3.x telah tiada buat masa ini. Ini bermakna iPhone Dev Team terpaksa berusaha mencari satu exploit baru untuk membolehkan untethered jailbreak di atas iOS 5.
[Video] iOS 5 di iPhone 4
Jikalau entry sebelum ini memberikan gambaran kelajuan di atas iPhone 3GS, bagaimana pula dengan iPhone4? Saksikan video di bawah.
Kualiti video tidak memuaskan.Diharapkan lebih ramai pembangun aplikasi akan memberikan video yang lebih jelas yang menunjukkan iOS 5 di atas iPhone 4 dan juga iPad.
[Video] iOS 5 di iPhone 3GS
Berdasarkan pengumuman di WWDC, iOS 5 masih akan menyokong iPhone 3GS. Walau bagaimanapun, tidak kesemua fungsi dalam iOS 5 akan dapat digunakan dalam iPhone versi tersebut. Video di bawah menunjukkan iOS 5 di dalam iPhone 3GS.
https://www.youtube.com/watch?v=LBQ1T8A2qQY
Berdasarkan video tersebut, iOS 5 seakan dapat digunakan dengan lancar dalam iPhone 3GS namun ini tidak bermakna apabila iOS 5 dilepaskan kepada umum, kita akan mendapat prestasi seperti ini. Adalah diharapkan iOS 5 akan lebih ringan daripada ini dan bukannya memerlukan lebih kuasa pemprosesan.
