My Life For Hire

Tempat Aku Sembang Kencang

Category: IOS apps

MyTeksi : Tempah teksi anda dengan bijak

Pernahkan anda mengalami pengalaman menunggu teksi di tepi jalan berpanas dan berpeluh sampai lenguh kaki? Setelah lama menunggu, teksi muncul tapi penuh penumpang? Atau pemandu teksi tidak mahu ke destinasi anda atau meletakkan harga tidak masuk akal untuk ke destinasi tersebut? Pernah menunggu di talian menempah teksi sehingga habis kredit? Semuanya pernah aku alami tapi dengan MyTeksi, semua itu tak menjadi satu masalah lagi.

Pengalaman pertama menggunakan MyTeksi adalah semasa nak pergi ke Bangkok bulan Mei tahun lepas. Masa tu dah petang, buka MyTeksi selepas 10 minit berada di talian untuk mendapatkan teksi. Dah la lama on hold, last sekali operator kata tak ada teksi kat area aku. Bukan jauh sangat pon nak pergi, KL Sentral jer pun. Teringat aplikasi MyTeksi yang dah lama download tapi tak pernah guna. So cuba la nasib dengan MyTeksi ni. Tak sampai 2 minit, dah dapat teksi. Yang aku paling ingat aku dan isteri kagum sangat time tuh, boleh track teksi tuh duduk kat mana beb sampai la tempat kitorang menunggu. Malangnya, for some reason, trip tuh takde dalam history plak. (edited : jumpa history booking dalam email….brader teksi yang friendly tuh rupanya dok kat sebelah kondo aku jer…so memang panjang la kitorang sembang pasal area kitorang sampai tak sedar dah sampai KL Sentral.)

myteksi history

Cukup la dengan pengalaman aku. Kita cerita pula pasal aplikasi tuh sendiri. Dengan iPhone aku yang ketinggalan zaman ni, aplikasi MyTeksi dapat dijalankan dengan mudah sekali. Buka jer aplikasi tuh, ni paparan yang anda nampak.

myteksi main interface

 

Personally, aku rasa interface dia cukup mudah dan simple. Orang yang pertama kali menggunakan aplikasi ni pon memang takde masalah nak guna, even orang lebih berusia yang kurang arif pasal penggunaan smartphone.  Aplikasi ini akan mengesan lokasi anda secara automatik sebaik sahaja dibuka. Jika lokasi anda tidak tepat, anda boleh tap dan edit lokasi anda dengan mudah. Anda juga dapat melihat anggaran teksi yang berada di sekeliling anda. Dan juga yang paling penting, anda dapat melihat anggaran tambang untuk perjalanan anda.

Read More

Talkafone guna bahasa Kelate?

20110812-020823.jpg

Haha…lawak giler aku rasa.
Test post from WordPress app for iPhone

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén