[Video] iPad dengan keupayaan 3d?
Berdasarkan video di bawah ni, nampak gayanya Apple telah beberapa lama bereksperimentasi dengan paparan 3D di atas iPad. Mungkinkah iPad3 nanti akan berupaya menayangkan video dalam 3D?
[Berita] App Store menunjukkan sejarah pembelian aplikasi
Walaupun iOS 5 belum dilancarkan secara rasmi kepada umum, namun terdapat beberapa perubahan telah dapat dilihat pada iOS 4.3.x
Antaranya adalah aplikasi App Store di mana ia menunjukkan sejarah pembelian anda di dalam talian. Ia juga membolehkan anda memuat turun kembali aplikasi yang telah dibeli, namun tidak dipasang pada iDevices anda. (selalu terjadi apabila kita terlupa backup aplikasi semasa restore iOS). Fungsi ini amat berguna dan saya sangat gembira dengan pembaharuan ini.
Untuk mendapatkan skrin di atas, hanya mulakan aplikasi App Store anda dan pilih Updates. Di situ anda akan melihat satu ikon baru iaitu "Purchased". Ini akan membawa anda kepada skrin yang menunjukkan semua pembelian anda di atas talian dan jika anda memilih "Not On This iPhone", ia akan menunjukkan aplikasi yang pernah dibeli tetapi tidak dipasang dalam iDevice tersebut.
Ini adalah salah satu daripada cabang kepada servis iCloud yang telah diperkenalkan pada WWDC yang lepas.
[Konsep] Adakah ini iOS 5?
Ada banyak spekulasi mengenai iOS 5 yang telah keluar namun tiada satu pun yang dapat dipastikan kebenarannya. Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan besar antara muka iOS akan berubah dengan banyak lagi perubahan yang akan dilakukan.
Frederic Bianco telah menghabiskan masa berjam-jam mereka bentuk idea dan meramalkan apa yang akan ada dalam iOS 5. Perhatikan screenshot di bawah.
Kebanyakan daripada konsep yang dicadangkan telah wujud jika anda adalah seorang jailbreaker. Namun begitu, alangkah baiknya sekiranya Apple dapat memberikan semua ini dalam iOS 5. Pengguna yang tidak jailbreak iDevices mereka dapat menikmati iOS mereka dengan lebih menyeluruh lagi.
Untuk melihat keseluruhan hasil kerja Frederic Bianco, anda boleh layari link ini
[Prototaip] Dot : Projek kamera 360 darjah untuk iphone
Aku selalu terpikir camana orang buat filem/rekod video 360 darjah. Selepas tengok video ni, baru aku tahu diorang guna lensa khas untuk mencapai matlamat tersebut. Ala-ala macam CCTV punya penutup gitu.
Tapi lagi menakjubkan aku, ada jugak orang nak buat untuk iphone plak..Kekadang aku terpikir, hebat sangat ke kamera iphone sampai macam macam gadget tambahan orang cipta untuk iPhone?
Untuk video, klik ke link http://kck.st/lfclXH
aku tak reti nak embed video ni...haha
[Konsep] Pengendalian aplikasi lebih mudah dalam IOS 5
Setakat ini saya berpuas hati dengan cara untuk memilih aplikasi yang aktif and tidak aktif di dalam IOS 4.x dan sebelumnya.
Namun begitu, kadang kala terasa sengal kerana terpikir adakah ada cara yang lebih pantas dan mudah?
Jan-Michael Cart adalah seorang manusia yang langsung takde kaitan dengan Apple (kecuali dia pengguna iPhone) telah mengeluarkan idea bagaimana kita boleh memilih/menukar aplikasi aktif dan tidak aktif dengan lebih cepat.
Terus terang saya katakan, walaupun ini hanyalah satu konsep daripada orang yang takde kena mengena dengan Apple langsung dan pembangun IOS Apple tak akan "amik port" langsung dengan video ini dalam IOS 5, saya teruja untuk melihat ia menjadi kenyataan.
Adakah terdapat kemungkinan pembangun tweak Cydia akan membangunkan tweak seperti ini pada masa terdekat? Jika ada, ia sangatlah cool !



