My Life For Hire

Tempat Aku Sembang Kencang

Kasut futsal saya

lama1

Ini kasut futsal saya. Kasut futsal saya berjenama Adidas tapi model sudah lupa.

Kasut ini saya beli pada tahun 2007 dengan duit gaji pertama saya.

Azam saya ketika membeli kasut ini adalah untuk gigih bersukan.

Seperti mana anda boleh congak, sudah 7 tahun saya menggunakan kasut futsal ini dan ia baru rosak.

Ini menunjukkan bahawa azam saya telah gagal sama sekali kerana setelah bertahun-tahun baru kasut futsal saya rosak.

Sebab kasut saya sudah rosak, saya ada alasan untuk membeli kasut yang baru. Yay!

 

baru1

 

Ini kasut futsal baru saya. Saya masih membeli kasut jenama Adidas dan model kali ini adalah F5.

Saya ingat model kasut ini kerana saya masih ada kotak kasut ini.

Saya tiada azam khusus untuk pembelian kasut futsal kali ini, hanya kerana kasut lama sudah rosak dan perlu bersedia memenuhi jemputan bermain futsal dari rakan-rakan kalau ada.

baru3

 

Saya suka membeli kasut walaupun saya kurang memakainya kerana tiada keperluan.

Saya pergi ke pejabat hanya dengan memakai sandal atau selipar Jepun.

Untuk anda melihat saya memakai kasut dalam masa setahun kemungkinannya adalah hampir sifar.

Jika anda dapat melihat saya memakai kasut, maka anda boleh dikategorikan sebagai orang yang bertuah.

Kebarangkalian untuk saya memakai kasut adalah hampir sama dengan kebarangkalian saya untuk memakai pakaian formal dalam masa setahun.

 

Sekian karangan saya untuk kali ini.

p/s : entry blog kali ni saja menggunakan karangan format peperiksaan UPSR.

Previous

Terima kasih MyTeksi

Next

RTH : baca whatsapp & telegram

2 Comments

  1. berapa harga kasut baru ni?

    • yang ni tak sampai seratus jer bro…aku beli kat Jaya 33 ke apa ntah nama dia…ada satu kedai sukan kat ground floor..shopping complex baru depan digital mall PJ tuh

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén