My Life For Hire

Tempat Aku Sembang Kencang

MyTeksi : Tempah teksi anda dengan bijak

Pernahkan anda mengalami pengalaman menunggu teksi di tepi jalan berpanas dan berpeluh sampai lenguh kaki? Setelah lama menunggu, teksi muncul tapi penuh penumpang? Atau pemandu teksi tidak mahu ke destinasi anda atau meletakkan harga tidak masuk akal untuk ke destinasi tersebut? Pernah menunggu di talian menempah teksi sehingga habis kredit? Semuanya pernah aku alami tapi dengan MyTeksi, semua itu tak menjadi satu masalah lagi.

Pengalaman pertama menggunakan MyTeksi adalah semasa nak pergi ke Bangkok bulan Mei tahun lepas. Masa tu dah petang, buka MyTeksi selepas 10 minit berada di talian untuk mendapatkan teksi. Dah la lama on hold, last sekali operator kata tak ada teksi kat area aku. Bukan jauh sangat pon nak pergi, KL Sentral jer pun. Teringat aplikasi MyTeksi yang dah lama download tapi tak pernah guna. So cuba la nasib dengan MyTeksi ni. Tak sampai 2 minit, dah dapat teksi. Yang aku paling ingat aku dan isteri kagum sangat time tuh, boleh track teksi tuh duduk kat mana beb sampai la tempat kitorang menunggu. Malangnya, for some reason, trip tuh takde dalam history plak. (edited : jumpa history booking dalam email….brader teksi yang friendly tuh rupanya dok kat sebelah kondo aku jer…so memang panjang la kitorang sembang pasal area kitorang sampai tak sedar dah sampai KL Sentral.)

myteksi history

Cukup la dengan pengalaman aku. Kita cerita pula pasal aplikasi tuh sendiri. Dengan iPhone aku yang ketinggalan zaman ni, aplikasi MyTeksi dapat dijalankan dengan mudah sekali. Buka jer aplikasi tuh, ni paparan yang anda nampak.

myteksi main interface

 

Personally, aku rasa interface dia cukup mudah dan simple. Orang yang pertama kali menggunakan aplikasi ni pon memang takde masalah nak guna, even orang lebih berusia yang kurang arif pasal penggunaan smartphone.  Aplikasi ini akan mengesan lokasi anda secara automatik sebaik sahaja dibuka. Jika lokasi anda tidak tepat, anda boleh tap dan edit lokasi anda dengan mudah. Anda juga dapat melihat anggaran teksi yang berada di sekeliling anda. Dan juga yang paling penting, anda dapat melihat anggaran tambang untuk perjalanan anda.

Kemudian anda perlu memilih destinasi anda. Tap sahaja di bahagian destinasi dan masukkan destinasi anda dan tekan search.

photo 2

Anda akan dapat melihat bahagian destinasi telah ditukar kepada destinasi yang anda masukkan tadi. Anda juga boleh meletakkan nota tambahan seperti no rumah atau anda boleh meletakkan landmark di mana anda menunggu seperti di stesen bas atau di tepi jalan atau di bawah payung. Terpulang kepada keadaan. Kemudian anda boleh menekan Book Now dan tunggu sahaja pemandu teksi kepada anda. Sekiranya anda membuat kesilapan dan hanya menyedari selepas menekan Book Now, anda masih diberi masa untuk membatalkan tempahan.

photo 5

 

Beberapa tips tambahan :

– sekiranya anda memerlukan teksi yang lebih besar untuk penumpang yang ramai, anda boleh menempah teksi executive dengan menekan button jenis teksi.

– jika anda ingin teksi untuk perjalanan di masa hadapan, anda boleh set schedule kepada masa hadapan seperti di bawah dengan menekan button NOW di paparan utama tadi.

photo 4

 

– untuk peak hours, kesukaran mendapatkan teksi, tiada teksi yang berdekatan dengan anda atau anda inginkan teksi dengan segera, anda boleh mengisi ruang tips tambahan di paparan utama. Ia adalah optional tapi percayalah, ia sangat membantu bila anda berada di kawasan yang sukar mendapatkan teksi.

Aku telah menggunakan MyTeksi untuk beberapa kali, malangnya ia tiada di dalam History aku. Bukan sahaja aku, malah aku telah mempromosikan MyTeksi kepada ahli keluarga, kawan-kawan aku dan juga kawan-kawan isteri juga. Kenapa? Tak Percaya? Ni adalah history kawan isteri aku menggunakan MyTeksi (sebab history aku sendiri dah hilang mana ntah.)

photo 2

history booking

photo 1

details perjalanan

photo 4

komen tentang pemandu teksi anda

Dan testimoninya?

testimoni

 

Oleh itu dapatkan MyTeksi sekarang untuk mengubah cara anda menempah teksi.

IOS – https://itunes.apple.com/my/app/myteksi-book-a-taxi/id517294755
Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myteksi.passenger
Windows Phone – http://www.windowsphone.com/en-my/store/app/myteksi-book-a-taxi/106c0422-a57f-4eff-be21-4225ae3af912

Aplikasi MyTeksi juga dapat digunakan sekiranya anda berada di Singapura, Filipina dan Thailand.

MyTeksi juga menganjurkan kempen “Delivering Happiness” di mana MyTeksi dengan kerjasama beberapa badan lain untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia di mana anda boleh menderma buku & permainan kepada mereka. Maklumat lanjut di laman web MyTeksi

p/s : Ini adalah review jujur aku pasal MyTeksi…jangan korang nak tanya ni advertorial ke tak plak yer…haha

Previous

BBQ Pit di Kondo Danau Murni

Next

Coconut shake Mok Su

4 Comments

  1. Sae ko nak gi tak soul garden ? 😛

  2. Salam ziarah..
    Tahniah menang write a rave review by MyTeksi 🙂

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén