Salam kepada semua pembaca blog ini kalau ada. Di kesempatan aku menulis saat ini yang boleh dikatakan tersangatlah jarang ni, aku menulis hanya untuk kawan-kawan. Last entry blog ni adalah berkisar kepada acara SMWM di mana sahabat aku Azman Ishak telah menerima anugerah Favourite Photographer Blog. Kali ini, aku ingin berkongsi tentang Salam Media iaitu sebuah platform pengiklanan berteraskan syariah hasil daripada seorang lagi sahabat aku iaitu Edwin Masripan.

Salam Media - Pengiklanan berteraskan syariah

Salam Media – Pengiklanan berteraskan syariah

So apakah yang membezakan Salam Media daripada platform pengiklanan lain? Pertama sekali adalah kerana ia berteraskan syariah di mana para pengiklan hendaklah mematuhi syarat-syarat tertentu sebelum layak diterima sebagai pengiklan di Salam Media. Antara contoh pengiklan yang tidak akan diterima oleh Salam Media adalah pengiklan yang mengeksploitasi kanak-kanak dan wanita, alkohol, entiti berkaitan dengan riba dan lain-lain lagi.

Kedua, ia adalah pengiklanan yang menumpukan kepada content dan bukan kepada banner atau memerlukan anda untuk memasukkan kod untuk memaparkan iklan anda. Secara peribadi, saya amat menyukai konsep ini kerana secara tidak langsung, ia tidak membebankan blog dan para penulis blog dan media sosial dapat mengintegrasikan kandungan blog dengan iklan dengan lebih berkesan.

Antara nama besar dalam dunia blog tempatan yang telah menyertai atau menyokong penuh usaha Salam Media adalah seperti Amanz.my, AzmanIshak.com, Kujie2.com, Noktahhitam.com, JomPHP.com dan ramai lagi.

Kenapa saya menyokong dan merasakan Salam Media boleh pergi lebih jauh lagi?

  • Salam Media berteraskan syariah dan ia adalah sesuatu yang baru dalam pengiklanan tempatan dan mungkin juga dunia. Mungkin masih baru memulakan operasi di Malaysia, tapi kenapa tidak dunia?
  • Pengiklanan adalah berdasarkan content blog dan bukannya banner. Ini membolehkan pengiklanan menyampaikan informasi dengan lebih berkesan dan juga lebih tepat.
  • Sepuluh tahun dulu, pengiklanan berdasarkan banner adalah tepat. Pada hari ini, ia boleh dikatakan ketinggalan. Iklan berdasarkan banner pada hari ini adalah tidak relevan untuk per click kerana mudah untuk terjebak dalam click fraud yang merugikan pengiklan. Iklan berdasarkan impression juga tidak berkesan kerana pengguna sekarang lebih bijak mengenal iklan dan menggunkan ad blocker. Ini merugikan para blogger & pengguna media sosial kerana iklan tidak akan dipaparkan kepada pelayar yang menggunakan ad blocker dan informasi dari pihak pengiklan tidak dapat disampaikan secara terus.
  • Menggunakan kod iklan pada blog secara tak langsung akan membebankan blog. Paparan iklan kadangkala terlalu besar dan membuatkan pembaca cemuh dan mungkin menjauhkan diri dari blog tersebut.
  • Sebagai seorang muslim, kita patut sedaya upaya mencari pendapatan halal dan menjauhi perkara-perkara meragukan. Di atas kesedaran inilah, Salam Media dilahirkan dan ia membawa alternatif baru kepada mereka yang menitik beratkan soal halal haram.
Booth Salam Media di acara Blogrrr dari kiri : pengasas JomPHP.com, pengasas SalamMedia.my & penulis

Booth Salam Media di acara Blogrrr
dari kiri : pengasas JomPHP.com, pengasas SalamMedia.my & penulis

Kepada rakan-rakan bloggers yang lain, saya sarankan untuk anda memberikan Salam Media peluang untuk bertapak di arena pengiklanan tempatan. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Kepada agensi-agensi & syarikat-syarikat gergasi tempatan, saya sepenuh hati merasakan ini akan membuka lembaran baru kepada pengiklanan yang lebih berkesan untuk anda.

Untuk lebih informasi, anda boleh mendapatkan maklumat terus daripada web Salam Media di http://salammedia.my/ atau di facebook page Salam Media – https://www.facebook.com/salammediamy atau menerusi Twitter @salammediamy

Sebagai penutup, semoga tahun baru 2014 membawa Salam Media ke arah yang lebih baik dan kepada diri sendiri, semoga tahun 2014 menjadikan anda lebih rajin menulis. Cewwah.

Selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca blog daif ini.