Setelah beberapa lama menanti dan juga versi jailbreak iPad2 telah dibocorkan beberapa hari lepas oleh beta tester, baru sekejap tadi Comex telah melepaskan jailbreak iPad2 kepada umum di www.jailbreakme.com.

Cara untuk jailbreak iPad 2 adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu menggunakan IOS versi 4.3.3 (versi lain mungkin akan disokong selepas ini kerana Comex mengumumkan dia kesuntukan masa) dan download file PDF ke iPad2 anda. Hanya gunakan iPad 2 anda sahaja untuk membuka website tersebut. 🙂

Tunggu exploit dijalankan dan restart iPad2 anda. Nikmatilah Cydia n root privilleges di iPad2 anda. woot!