Walaupun iOS 5 belum dilancarkan secara rasmi kepada umum, namun terdapat beberapa perubahan telah dapat dilihat pada iOS 4.3.x

Antaranya adalah aplikasi App Store di mana ia menunjukkan sejarah pembelian anda di dalam talian. Ia juga membolehkan anda memuat turun kembali aplikasi yang telah dibeli, namun tidak dipasang pada iDevices anda. (selalu terjadi apabila kita terlupa backup aplikasi semasa restore iOS). Fungsi ini amat berguna dan saya sangat gembira dengan pembaharuan ini.

Untuk mendapatkan skrin di atas, hanya mulakan aplikasi App Store anda dan pilih Updates. Di situ anda akan melihat satu ikon baru iaitu “Purchased”. Ini akan membawa anda kepada skrin yang menunjukkan semua pembelian anda di atas talian dan jika anda memilih “Not On This iPhone”, ia akan menunjukkan aplikasi yang pernah dibeli tetapi tidak dipasang dalam iDevice tersebut.

Ini adalah salah satu daripada cabang kepada servis iCloud yang telah diperkenalkan pada WWDC yang lepas.