Sepetang di SMWM 2013
Sedar tak sedar, dah dekat 2 tahun aku tak update blog rupanya. Punya la bersawang bak kata Azman Ishak. Hehe. Penat nak cuci sawang nampak gayanya ni.
Bermula hari ini, aku akan cuba gagahkan diri untuk update blog serajin mungkin. Azam tahun baru la konon nyer walaupun tahun ni dah masuk bulan tiga dah. Haha...
Dan malam tadi, berlangsungnya majlis Social Media Week Malaysia 2013 atau nama pendek nyer SMWM 2013. Aku selaku blogger pencen telah diajak oleh brader Azman Ishak untuk menemani beliau ke majlis tersebut atas kapasiti plus one beliau. Orang selalu ajak pasangan hidup tapi dia pi ajak aku plak...sian bini dia kena tinggal kat umah jaga anak. Tuan badan aku la gamak nyer.
Aku ni dah lama berkecimpung dalam dunia blog, dah puas timbul tenggelam dalam dunia blog tapi ni la kali pertama aku dapat pergi majlis yang gilang gemilang seperti ini. Sesungguhnya ramai giler blogger aku yang aku tak kenal di masa dulu, sekarang baru nak bertentang mata. Tetiap hari, kije aku bangun tido adalah bukak Google Reader aku....dengan taik2 mata yang masih ada, rakus aku membaca blog-blog yang aku follow dan juga berita-berita dari seluruh dunia. Baca confirm, meninggalkan jejak belum tentu lagi kecuali kalau ada orang memerlukan pertolongan aku.
So sambung balik cerita SMWM 2013, Azman Ishak ni datang la amik aku kat umah. Aku pulak, habis smart pakai ngalahkan tuan yang nak amik award. Hehe. Dari rumah aku, tros masuk Smart Tunnel sampai la ke exit BB & terus sampai kat Berjaya Times Square. Lepak lepas parking keta sekejap & terus masuk hotel. Sampai-sampai jer tingkat 14 terus terserempak ngan Anarm & Tuan Denai Hati, tanya khabar ala kadar lepas tuh pegi masuk balik shopping mall nak smayang Maghrib. Kat surau, terjumpa plak ngan Abang Ensem & Ariff Shah and kami solat satu jemaah.
Lepas sembahyang, kitorang gerak balik pegi hotel & register kat kaunter. Merasa aku dok meja VIP sebab menumpang glamer AzmanIshak. TDH & Anarm pon dok satu meja ngan kitorang dan seperti biasa Anarm menjadi mangsa aku ngetest kamera. ( kamera pinjam dari adik aku ). Event bermula dan disebabkan aku memang dah kebulur, aku memang tak amik port sangat apa berlaku kat keliling. Sedar-sedar dah time award so sibuk la aku dok tembak sana sini.
Dan bawah ni adalah hasil-hasil tembakan aku di malam tadi.
Dan ada sket lagi gambar-gambar yang aku malas nak wat caption.
Abes jer majlis, aku pon chow ngan Azman Ishak. Singgah Starbucks kejap beli Caffe Latte untuk Azman. Belanja sebab menang award & galang ganti duit minyak datang amik & antar aku... Hahahahahhaa....
Terima kasih kepada AzmanIshak kerana sudi mengajak aku ke event ini. Moga ko banyak lagi menang award pape, leh aku tumpang makan free kat hotel. Hehe.
Pembayaran Baju IOS group
Sila lihat list nama di bawah ini dan confirmkan order anda adalah betul dan tepat.
Sekiranya sudah betul, sila buat pembayaran kepada akaun Maybank di bawah ini dan emailkan bukti pembayaran ke life4hire (at) gmail .com.
153038863524 - Fadhly Zil Ikram
Sila tambah RM 5 utk kos penghantaran kepada sesiapa yang ingin bajunya dihantar.
Sebarang pertanyaan boleh contact di IOS group or emailkan sahaja.
Order Baju IOS group
Setelah dipersetujui oleh poll di FB group, maka inilah design yang telah diputuskan.
Depan.
Belakang
Warna baju adalah HITAM lengan pendek sahaja dan t-shirt adalah dari jenis unisex kerana material ni paling best.
Harga adalah RM30-35 bergantung kepada final quantity ordered dan jika mahukan penghantaran, kos pos adalah RM 5.
IOS Group akan mengadakan satu gathering semasa pembahagian baju yang akan diumumkan kemudian.
Saiz & ukuran baju adalah seperti di bawah.
Order boleh dibuat di pautan di bawah.
Untuk order lebih daripada 2, leh hantar message direct pada Ikram Baharum di facebook.
Order akan ditutup pada Khamis, 21 hb Februari 2013. Selepas itu, satu senarai akan dikeluarkan untuk confirmation saiz & pembayaran produk.
Sebarang pertanyaan, boleh dibuat di FB IOS group atau di bahagian komen.
iThankYou SJ : Steve Jobs career infographic
Perjalanan karier Steve Jobs semasa hayat beliau dalam bentuk infografik.
Infografik : Adakah anda akan beralih kepada iPhone 5
Infografik di bawah mungkin dapat membantu anda membuat pilihan...








































